SEBENARNYA:
Dua kawasan di Selayang serta Chow Kit tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebaliknya menjelaskan kawalan di kawasan berkenaan diperketatkan secara pentadbiran.
“Belum, selagi saya belum mengumumkan (PKPD), itu bermakna tidak ada PKPD di kawasan berkenaan.
“Buat masa ini, kita hanya memperketatkan kawalan secara pentadbiran di kawasan terbabit, mungkin kawal dengan kawad duri dan sebagainya tetapi bukan PKPD.”