Orang Ramai Di Pusat Belian Borong Kenanga Merupakan Pekerja, Bukan Pengunjung Membeli-Belah

TULAR:
7890

Polis menafikan kehadiran orang ramai untuk membeli-belah sehingga melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di pusat belian borong di Jalan Pudu, seperti yang tular dalam media sosial pada 4 Mei 2020.

Sebaliknya, perhimpunan berkenaan ialah kehadiran pekerja di kompleks berkenaan yang membuka semula premis perniagaan mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata kesesakan berlaku di pintu masuk kompleks berkenaan disebabkan pihak pengurusan hanya membuka satu laluan masuk pekerja sehingga menyebabkan pekerja berkumpul.

“Kita dapati pada masa yang sama kehadiran pekerja yang serentak juga antara faktor kesesakan berlaku.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, untuk memaklumkan pihak pungurusan kompleks itu mempercepat proses membuka lebih banyak laluan untuk pekerja.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI