Tiada Tindakan Yang Diambil Kerajaan Untuk Sekat Gejala Caci Dan Maki Agama?

TULAR:
575

PENJELASAN :

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memperjelaskan dakwaan bahawa tiada tindakan yang akan diambil bagi menyekat gejala mencaci dan memaki semua agama di negara ini sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, kerajaan akan memperkenalkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi menyekat gejala mencaci dan memaki semua agama di negara ini. Akta itu bagi melindungi semua agama di negara ini.

Katanya, dengan adanya akta khusus itu tindakan boleh diambil terhadap sesiapa saja yang mencaci atau memaki agama Islam dan agama lain di negara.

Mujahid berkata, akta itu bukan saja akan mendidik rakyat menghormati agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi juga agama lain.

SUMBER : 

Berita Harian 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI