Pemandu Rentung Selepas Dalam Kemalangan Berhampiran Tol Pedas/Linggi?

TULAR:
916

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa pemandu kenderaan yang terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Pedas/ Linggi di Rembau telah rentung terbakar selepas terperangkap dalam keretanya.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Polis menafikan maklumat lelaki rentung dalam kemalangan di Kilometer 228 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Pedas/ Linggi.

Jurucakap polis berkata, penyebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp oleh beberapa pengguna jalan raya itu tidak benar dan membimbangkan orang ramai.

Katanya, kejadian sebenar pada jam 10.53 malam itu membabitkan kereta Audi yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an dalam perjalanan dari Melaka ke Seremban.

Setiba di tempat kejadian, katanya, pemandu menyedari suhu enjin meningkat sebelum kenderaan itu mula terbakar.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mukhtar turut mengesahkan bahawa ketika kejadian, mangsa memandu seorang diri dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

SUMBER :

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI