PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan notis peringatan kepada orang ramai agar membuka cermin kenderaan seluas 30 peratus sekiranya kenderaan mereka berjemur di bawah panas melebihi dua jam.
Versi Terkini. Tular: Mac 2018
Versi Terdahulu. Tular: Mac 2016
SEBENARNYA:
TNB menjelaskan bahawa tiada warga kerjanya mengeluarkan kenyataan yang kini ‘viral’ di laman sosial menasihatkan pemilik kenderaan mengenai langkah-langkah menghadapi cuaca panas ketika fenomena El Nino.
Kenyataan tersebut adalah palsu dan tiada warga kerja TNB seperti yang dinamakan dalam kenyataan berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengabaikan kenyataan tersebut.