KKM Nasihat Nestle Malaysia Tarik Balik Produk Mi Segera Maggi Di Pasaran?

TULAR:
27497
Gambar hiasan . Sumber : KKM

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula di media sosial, dakwaan kononnya kerajaan Malaysia telah mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik balik produk mi segera Maggi di pasaran kerana tidak selamat dimakan.

Kenyataan itu mendakwa produk berkenaan mengandungi banyak plumbum yang membahayakan kesihatan pengguna dan arahan penarikan balik Maggi itu kononnya boleh diikuti menerusi berita TV9 pada jam 8 malam.

Versi Terkini. Tular: Mac 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: April 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Februari 2016

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Jun 2015

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik balik produk mi segera Maggi di pasaran kerana kononnya tidak selamat dimakan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu tidak benar dan adalah cerita lama di luar negara yang dihebohkan semula.

“Itu adalah cerita lama yang berlaku di India, bukannya di Malaysia.”

SUMBER:

Berita Harian

Ketua Pengarah Kesihatan KPKK

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI