Laporkan Operasi Projek Pembinaan Melepasi Jam 10 Malam Kepada DBKL

TULAR:
2289

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekiranya kerja-kerja di tapak pembinaan yang terletak berhampiran kawasan kediaman penduduk masih beroperasi selepas pukul 10 malam.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Facebook.

Menurut Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata, tiada kompromi ke atas mana-mana pemaju yang mengganggu ketenteraman awam semata-mata inginkan projek tersebut siap awal.

“Pemaju dia orang nak capai sasaran, lebih awal siap lebih bagus, sebab kalau lambat siap kena penalti, jadi mereka kerah pekerja untuk bekerja lebih masa.”

Menurut beliau, pihaknya akan memberi amaran sekali sahaja kepada pemaju dan jika kesalahan terus dilakukan, kompaun sebanyak RM50,000 akan dikenakan untuk setiap kali kesalahan dilakukan.

SUMBER:

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI