Tsunami Akan Melanda Pulau Pinang?

TULAR:
796
Gambar hiasan. Sumber gambar : Tourism Malaysia

PALSU : 

Tular di media sosial dakwaan bahawa ombak besar Tsunami akan melanda Pulau Pinang.


SEBENARNYA :

Jabatan Meteorologi menafikan mesej tular yang mendakwa ombak besar Tsunami akan melanda Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Rosaidi Che Abas menolak sebaran mesej yang mendakwa gelombang Tsunami sedang menuju Pulau Pinang,tiada amaran sedemikian dikeluarkan.

“Mesej tular mengenai Tsunami yang akan membadai Pulau Pinang sekitar jam 11 malam hingga 1 pagi adalah tidak benar. Jabatan Meteorologi tidak mengeluarkan amaran sedemikian.”

SUMBER : 
Sinar Harian

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI