Pindaan Akta 550 Akan Mendorong Kepada Pengambilalihan Kuasa Sekolah Agama Swasta ?

TULAR:
539

PENJELASAN :

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperjelaskan dakwaan bahawa Pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) , membolehkan kerajaan Persekutuan mengambil alih kuasa pentadbiran sekolah agama swasta termasuk maahad tahfiz sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Berita Harian

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperjelaskan, cadangan pindaan akta itu bertujuan membolehkan aspek pendaftaran sekolah agama swasta dimasukkan ke dalam akta berkenaan.

Ia juga, katanya, bagi membolehkan kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa menyelaras pentadbiran dan memberi bantuan kewangan kepada sekolah terbabit.

 

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI