Tawaran Kontrak Atas Nama Kementerian Kerja Raya?

TULAR:
551

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan modus operandi penjenayah yang menawarkan kontrak daripada Kementerian Kerja Raya (KKR).

 

dengan

Gambar hiasan. Sumber: kkr.gov.my

Menurut KKR, modus operandi penjenayah adalah melalui panggilan telefon atau surat (palsu) yang menawarkan kontrak tertentu sama ada kaedah rundingan terus atau tender daripada KKR.

Pihak kementerian mendapati mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang untuk menjelaskan cukai rasmi dan Duti Setem bagi meluluskan kontrak palsu yang ditawarkan.

Selain itu suspek juga menyamar sebagai pegawai KKR dan meminta supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya sebagai wang pendahuluan untuk tujuan “membantu” mangsa memproses atau mendapatkan projek atau kontrak daripada KKR  atau Jabatan Kerja Raya (JKR).

SUMBER :

Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia

Bernama (1)

Bernama (2)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI