PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa ubat di klinik 1Malaysia adalah tidak berkualiti.
Sumber gambar: Facebook.
SEBENARNYA :
Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Sri Wong Soon Koh menafikan dakwaan tersebut. Menurut beliau, orang ramai tidak perlu rasa sangsi atau bimbang untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik 1Malaysia kerana kualiti ubat yang digunakan adalah sama seperti yang diberikan di klinik kerajaan yang lain.