PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa imunisasi dan vaksin merupakan konspirasi melemahkan umat islam dan mengandungi bahan-bahan yang haram.
SEBENARNYA:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan kononnya vaksin atau imunisasi untuk bayi mengandungi bahan-bahan haram dan boleh membahayakan nyawa.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua agensi turut menafikan program imunisasi kerajaan itu bertujuan melemahkan umat Islam.
SUMBER :
Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia