PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat wabak keracunan makanan (KRM) yang menjejaskan keselamatan bekalan air di sekitar Lembah Klang.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, makluman mesej tular mengenai berlakunya wabak KRM berkait dengan keselamatan bekalan air di Lembah Klang adalah tidak benar dan tidak boleh dipercayai.
Hasil semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit didapati tiada peningkatan kejadian KRM dilaporkan, dan kejadian KRM yang berlaku buat masa ini adalah terpencil dan terkawal serta tiada kaitan dengan bekalan air atau gangguan bekalan air.