Jenayah Ragut ‘Setiap Hari’ Di Kawasan Bank Berdekatan Bahau?

TULAR:
471

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat kejadian jenayah ragut ‘setiap hari’ di kawasan bank berdekatan Bahau, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan, dakwaan tersebut tidak tepat dan tidak benar sama sekali. “Kejadian tiga kes yang berlaku tempoh hari merupakan kes isolated dan terkawal. Modus operandi iaitu  perlakuan jenayah bagi ketiga-tiga kes yang dikaitkan juga menjurus kepada seorang lelaki yang identitinya masih disiasat. Polis walau bagaimanapun bersetuju supaya orang ramai berhati-hati semasa menjalani aktiviti harian mereka.”

SUMBER:


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI