Wabak Keracunan Makanan Jejaskan Keselamatan Air Di Lembah Klang?

TULAR:
542

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat wabak keracunan makanan (KRM) yang menjejaskan keselamatan bekalan air di sekitar Lembah Klang.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA:

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, makluman mesej tular mengenai berlakunya wabak KRM berkait dengan keselamatan bekalan air di Lembah Klang adalah tidak benar dan tidak boleh dipercayai.

Hasil semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit didapati tiada peningkatan kejadian KRM dilaporkan, dan kejadian KRM yang berlaku buat masa ini adalah terpencil dan terkawal serta tiada kaitan dengan bekalan air atau gangguan bekalan air.

SUMBER:

Ketua Pengarah Kesihatan

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI