7,000 Hingga 8,000 Ekor Lembu Di Selangor Diasingsingkir Kerana Dijangkiti Penyakit TB?

TULAR:
935

PENJELASAN:

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat foto-foto kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) yang sedang memusnahkan dan menanam beberapa ekor lembu dan satu rakaman suara yang menyatakan terdapat 7,000 hingga 8,000 ekor lembu telah diasingsingkir kerana dijangkiti penyakit tuberkulosis (TB), sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Foto-foto itu menunjukkan beberapa orang kakitangan DVS Selangor sedang menanam sembilan ekor lembu dan tenusu yang telah disingkirkan (kaedah euthanasia) mengikut prosedur yang telah digariskan dalam Protokol Veterinar Malaysia: Tuberkolosis. Foto-foto ini dirakam di Sg. Nilam pada 10 Januari 2018 dan 21 Februari 2018. Sebenarnya, ini adalah prosedur dalam program Survelan dan Kawalan Penyakit Haiwan.

DVS telah menetapkan bahawa ternakan yang dijangkiti penyakit TB tidak akan dirawat tetapi perlu disingkirkan mengikut piawaian yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Dunia (OIE). Penyingkiran ternakan positif TB adalah sebagai langkah kawalan untuk mengelakkan penularan penyakit tersebut dan pampasan akan dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Kenyataan 7,000 hingga 8,000 ekor lembu telah diasingsingkir dalam rakaman audio berkenaan adalah tidak benar.

Berdasarkan data bancian DVS Selangor 2016, bilangan lembu tenusu di negeri Selangor adalah sebanyak 5,775 ekor.

SUMBER: 

Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI