PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya wabak selsema burung (H5N1) telah menular di negeri Sabah.
SEBENARNYA:
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Sabah menafikan dakwaan berlaku wabak selsema burung atau penyakit dikaitkan dengan ternakan ayam di negeri ini.
Menterinya, Junz Wong berkata, dakwaan itu yang tersebar dalam WhatsApp hanya spekulasi berikutan laporan mengenai banyak ayam mati di pusat ternakan haiwan.
Berdasarkan siasatan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) negeri, hanya satu pusat ternakan ayam di Tamparuli mencatat peningkatan kematian ayam, namun ia dipercayai disebabkan perubahan cuaca.
“Setakat ini hanya pusat ternakan itu mencatat peningkatan kematian ayam dan dipercayai berpunca daripada perubahan cuaca kerana ia menggunakan kandang terbuka yang menyebabkan ternakannya terdedah. Bagaimanapun JPH akan terus menjalankan ujian untuk mengesan jika berlaku wabak penyakit. Ketika ini ayam yang dimasak dengan baik masih selamat dimakan, tiada sebarang tanda bahaya.”