KDN Wujudkan Prosedur Tapisan Keselamatan Baharu Bagi Pelancong China?

TULAR:
410

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewujudkan prosedur tapisan keselamatan tambahan bagi pelancong warganegara China ke Malaysia.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan dari Kementerian Dalam Negeri:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum laporan bertajuk “China nationals coming to Malaysia to be subject to pre-screening” pada 10 Julai 2018 mengenai pewujudan prosedur tapisan keselamatan tambahan bagi pelancong warganegara Republik Rakyat China (RRC) ke Malaysia yang akan dilaksanakan oleh Chinese Citizen Security Assessment Centre to Malaysia (CCSACM).

Pihak Kementerian dan Jabatan Imigresen Malaysia menafikan sebarang persetujuan diberikan mengenai prosedur tapisan keselamatan tambahan dalam proses permohonan visa Malaysia bagi pelancong-pelancong dari semua negara termasuk warganegara Republik Rakyat China (RRC).

Pada masa ini, pelancong-pelancong yang ingin ke Malaysia akan memohon visa melalui dua (2) opsyen saluran seperti berikut:

a. Permohonan visa secara manual melalui Pusat Sehenti Setempat (OSC); dan

b. Permohonan visa secara atas talian (eVISA).

Pelancong warganegara RRC boleh memohon visa Malaysia melalui opsyen-opsyen di atas dan juga opsyen ketiga melalui permohonan Electronic Travel Registration and Information (eNTRI) iaitu fasiliti khas yang diberikan kepada warganegara RRC sepanjang tempoh pelaksanaan pengecualian visa iaitu sehingga 31 Disember 2018.

SUMBER :

Facebook Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI