Kerajaan Negeri Perak Anjurkan Program Dihadiri MB Sempena Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018?

TULAR:
238

PENJELASAN:

Kerajaan negeri Perak memperjelaskan dakwaan kononnya kerajaan negeri Perak menganjurkan program di Dataran Amanjaya Meru Raya pada 15 Julai 2018, sempena perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang turut akan dihadiri oleh Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Sumber gambar: Facebook

Kerajaan negeri Perak menafikan akan menganjurkan program sempena perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang didakwa bakal dihadiri oleh Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, penjelasan itu diberikan memandangkan program terbabit yang akan diadakan di Dataran Amanjaya Meru Raya pada 15 Julai ini sudah pun dibatalkan serta-merta. Keputusan itu diambil apabila dimaklumkan terdapat pihak tertentu yang mengambil bayaran sewaan tapak untuk berniaga dari kadar RM60 hingga RM4,000.

“Program ini pada awalnya memang dirancang oleh kerajaan negeri bagi memeriahkan lagi bahang Piala Dunia 2018, namun setakat ini kita belum dapat pengesahan daripada Pejabat Menteri Besar tentang kehadiran beliau (Ahmad Faizal). Malah poster yang tular di media sosial bukan dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan yang menjadi masalahnya apabila ada pihak mengenakan bayaran sewaan tapak, jadi kita telah batalkan.”

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI