Kejadian Kes Buli Pelajar Lelaki Diikat Dengan Akar Pokok Di Kampung Penambang, Kelantan?

TULAR:
1627

PALSU:

Tular di media sosial sebuah klip video kejadian kes buli seorang pelajar lelaki yang diikat dengan akar pada sebatang pokok di Kampung Penambang, Kelantan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis mengesahkan kejadian seorang pelajar lelaki yang diikat dengan akar pada sebatang pokok di Kampung Penambang sebelum videonya ditularkan bukan merupakan kes buli atau melibatkan jenayah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku pada Isnin (9 Julai 2018) dipercayai kira-kira pukul 1 petang di mana pelajar itu membiarkan rakannya mengikatnya dengan akar kayu di sebatang pokok.

“Kononnya “mangsa” mampu melepaskan diri daripada ikatan itu dalam tempoh tertentu. Namun video tersebut disebarkan oleh salah seorang rakan hingga menimbulkan kegusaran orang ramai.”

SUMBER:

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI