Waspada Sindiket Penipuan Pekerjaan

TULAR:
1281
Sumber gambar : PDRM

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket yang mengiklankan tawaran pekerjaan terutamanya yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tawaran menarik yang luar biasa.

Sumber gambar: Facebook

Polis Diraja Malaysia dalam kenyataannya menyatakan pekerjaan yang ditawarkan menjanjikan pendapatan yang lumayan. Tanpa disedari, tawaran tersebut hanya menjadikan mereka sebagai umpan bagi sindiket pengubahan wang haram mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Bagi memastikan taktik penipuan mereka sukar dihidu, ahli sindiket kebiasaannya akan mengiklankan tawaran kerja di dada akhbar dengan menyatakan kemudahan serta gaji yang lumayan bagi menarik minat orang ramai untuk menghubungi mereka. Taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa supaya berkerja dengan syarikat terbabit tanpa melalui proses pengambilan yang rumit.

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan janji manis mana-mana syarikat yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tawaran menarik yang luar biasa. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat sebelum menerima kerja yang ditawarkan.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI