Pengguna Layari Laman Web Lucah Dipantau Pihak KKMM Dan Polis?

TULAR:
6196

PENJELASAN :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperjelaskan dakwaan bahawa pengguna Internet yang melayari laman sesawang lucah adalah dipantau oleh pihaknya serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber gambar: Facebook.

Timbalan Menteri KKMM, Eddin Syazlee Shith mengesahkan bahawa pengguna internet yang melayari laman sesawang lucah akan dipantau pihaknya dengan kerjasama PDRM, selain laman terbabit akan turut disekat dalam tempoh terdekat menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Selain laman sesawang berunsurkan lucah, pemantauan web lain termasuk yang berunsurkan perjudian akan turut dikaji,” katanya menambah, menjadi satu perkara yang diperjuangkan kerajaan sekarang untuk menyekat dan mengekang laman web yang tidak berfaedah dan bukan-bukan.

Beliau mengulas laporan satu unit baharu PDRM, Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-kanak Malaysia (Micac) yang ditubuhkan untuk memantau mereka yang melayari kandungan lucah, terutamanya pornografi kanak-kanak dengan mengesan kekerapan dan jenis kandungan lucah yang dimuat naik serta dimuat turun pengguna berkenaan bagi tujuan pendakwaan nanti.

SUMBER :

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI