Terdapat Penceramah Agama Yang Dihalang Berceramah Oleh Kerajaan Perak?

TULAR:
688

PENJELASAN:

Kerajaan negeri Perak memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat penceramah agama yang dihalang daripada berceramah di pelbagai masjid dan surau di negeri Perak.

Sumber gambar: Facebook

Kerajaan Perak tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menghalang mana-mana tokoh penceramah agama daripada menerima jemputan berceramah di masjid dan surau di negeri itu.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi menegaskan, pengurusan jawatankuasa kariah masjid dan surau di seluruh Perak masih lagi berfungsi di bawah lantikan kerajaan terdahulu, justeru, jika terdapat pihak tertentu merasakan mereka kurang menerima jemputan berceramah oleh pihak masjid dan surau, maklum balas punca keadaan perlu didapatkan daripada daripada pengurusan institusi agama itu sendiri.

Asmuni turut menerangkan mana-mana pusat tahfiz yang bermasalah boleh berjumpa dengan kerajaan negeri dan majlis agama Islam negeri bagi untuk memaklumkan permasalahan dihadapi.

“Selepas itu, barulah kita boleh fikirkan kaedah terbaik membantu mereka. Bagi pusat tahfiz yang beroperasi dengan baik, jalankan seperti sediakala kerana kerajaan negeri baharu tiada masalah dengannya.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI