Waspada Risiko Penyebaran HFMD Dari Alat Mainan Dikongsi Kanak-Kanak

TULAR:
452

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan alat mainan kanak-kanak yang berpotensi menjadi punca penyebaran kuman penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang kini berlaku di seluruh negara.

Sumber gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Chong Chee Keong berkata kuman penyakit itu mudah berjangkit daripada seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain menerusi alat dan barang permainan yang diguna bersama.

“Justeru, para ibu dan pengendali tadika perlu membersihkan alat permainan, tandas dan kain lampin yang telah digunakan oleh bayi atau anak-anak mereka bagi mengelak penyakit itu daripada merebak. Sudah tentu mereka perlu menjaga kebersihan di dalam rumah juga. Dengan andaian bahawa kanak-kanak suka  bermain bersama-sama, adalah lebih baik jika ibu-ibu mengasingkan anak-anak mereka. Saya tahu memang sukar hendak mengasingkan kanak-kanak kerana memang sifat mereka suka bermain bersama-sama.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI