Produk Minuman ‘Fanta Apple’ Mengandungi Lemak Babi?

TULAR:
2132
Sumber gambar: Fanta

PALSU:

Tersebar luas di media sosial sebuah mesej kitar semula, yang mendakwa kononnya produk minuman jenama Fanta iaitu ‘Fanta Apple’ mengandungi lemak babi.

Versi Terkini. Tular: Julai 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Jun 2017

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

JAKIM, melalui laman Facebook rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM menegaskan bahawa minuman jenama Fanta merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sehingga kini.

Untuk makluman, jawapan kepada isu ini pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal JAKIM pada 12 Oktober 2016 dan 28 Disember 2015.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI