Projek Bandar Raya Getah Di Padang Terap Tidak Akan Diteruskan?

TULAR:
783

PENJELASAN :

Kementerian Industri Utama Malaysia (KIUM) memperjelaskan dakwaan bahawa projek Bandar Raya Getah di Padang Terap yang dirancang kerajaan terdahulu tidak akan diteruskan sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Pelaksanaan projek Bandar Raya Getah di Padang Terap yang dirancang kerajaan sebelum ini akan tetap diteruskan meskipun memerlukan peruntukan besar daripada Kerajaan Pusat.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk menangguhkan atau membatalkan projek Bandar Raya Getah yang disifatkan dapat membantu rakyat dan industri di negeri ini.

Menurut Teresa, pihaknya menerusi LGM membantu pihak kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk membangunkan pelan projek itu.

SUMBER : 

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI