Wang Kertas Palsu RM100 Sedang Disebarkan Secara Meluas?

TULAR:
2261
Sumber gambar : PDRM

PALSU  :

Tular di media sosial dakwaan bahawa wujudnya pengedaran wang kertas palsu RM100 secara meluas di sekitar ibu kota.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Luthfi Ismail Abdullah menafikan kesahihan mesej tular bahawa wang kertas palsu RM100 sedang diedarkan secara meluas di ibu kota, sebaliknya mesej berserta gambar wang yang diikat dan disusun di dalam kotak itu dipercayai imej lama yang disebarkan semula.

“Jika pihak yang menyebarkan mesej itu mengetahui sesuatu mengenai wang palsu berkenaan mereka diminta tampil memberi maklumat dan membantu pihak polis menangani masalah ini segera.”

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI