WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika melakukan urusan tunai dan tidak menerima dan menerima tukaran wang kertas Ringgit Malaysia yang dicemari oleh dakwat kekal dan berkemungkinan dicuri daripada mesin ATM.
Menurut Bank Simpanan Nasional (BSN), wang kertas yang dicemari dengan dakwat kekal tidak mempunyai nilai dan tidak boleh ditukar di mana-mana Bank.
Apakah yang perlu dilakukan jika menerima wang kertas Ringgit Malaysia yang dicemari dengan dakwat kekal?
- Jangan terima wang kertas Ringgit Malaysia yang dicemari dakwat kekal.
- Membuat laporan polis dengan segera dan salurkan maklumat mengenai urusan melibatkan wang kertas yang dicemari dengan dakwat kekal.
SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia