Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Di Persiaran Sungai Long, Kajang Yang Terbakar Berdaftar Dengan JKM?

TULAR:
1995

PENJELASAN: 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperjelaskan laporan kejadian pusat jagaan rumah orang tua di Persiaran Sungai Long, Kajang yang terbakar sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar Hiasan. Sumber: Mstar

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pusat jagaan rumah orang tua di Persiaran Sungai Long, Kajang yang terbakar tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut beliau, “Mana-mana pihak yang mewujudkan rumah jagaan orang tua dan kanak-kanak, silalah berdaftar dengan JKM kerana terdapat bantuan diberikan untuk membantu pengurusan tempat-tempat jagaan itu dalam keadaan terbaik.”

SUMBER:

Mstar

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI