Wang Kertas Ringgit Malaysia Yang Dicemari Dengan Dakwat Kekal Tidak Mempunyai Nilai?

TULAR:
1520

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika melakukan urusan tunai dan tidak menerima dan menerima tukaran wang kertas Ringgit Malaysia yang dicemari oleh dakwat kekal dan berkemungkinan dicuri daripada mesin ATM.

Gambar hiasan.Sumber: mybsn.com.my

Menurut Bank Simpanan Nasional (BSN), wang kertas yang dicemari dengan dakwat kekal tidak mempunyai nilai dan tidak boleh ditukar di mana-mana Bank.

Apakah yang perlu dilakukan jika menerima wang kertas Ringgit Malaysia yang dicemari dengan dakwat kekal?

  • Jangan terima wang kertas Ringgit Malaysia yang dicemari dakwat kekal.
  • Membuat laporan polis dengan segera dan salurkan maklumat mengenai urusan          melibatkan wang kertas yang dicemari dengan dakwat kekal.

SUMBER :

Bank Simpanan Nasional

Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI