SPRM Menangkap Pihak Yang Terlibat Dalam Pembalakan Haram Dan Pencerobohan Hutan Di Terengganu?

TULAR:
774

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat tangkapan terhadap pihak yang didakwa terlibat dalam isu pembalakan haram dan pencerobohan hutan di negeri Terengganu.

Gambar hiasan. Sumber: mstar.com.my

SEBENARNYA:

Kerajaan Negeri Terengganu menafikan adanya tangkapan dibuat oleh SPRM terhadap pihak yang didakwa terlibat dalam isu pembalakan haram dan pencerobohan hutan di negeri Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sebaliknya SPRM hanya menjalankan siasatan terhadap pihak yang ditahan selepas penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

Menurut beliau, “Saya sendiri tidak tahu (bahawa SPRM ada membuat tangkapan). Malah kerajaan negeri telah memberi arahan kepada SPRM termasuk agensi-agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM)  membantu Jabatan Hutan dalam penguatkuasaan kerana mereka tidak cukup kakitangan.

SUMBER:

Sinar Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI