PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa seorang wanita telah menjadi mangsa ular sawa selepas dikatakan ditelan oleh reptilia itu di Taiping, Perak.
SEBENARNYA :
Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menafikan berita yang menjadi tular di laman sosial bahawa seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.
Menurut Pengarah, Datuk Yahya Madis berkata perkara itu adalah tidak benar dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu.