TNB Menasihatkan Pemilik Kenderaan Dalam Menghadapi Cuaca Panas Ekoran Fenomena El-Nino?

TULAR:
586

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan notis peringatan kepada orang ramai agar membuka cermin kenderaan seluas 30 peratus sekiranya kenderaan mereka berjemur di bawah panas melebihi dua jam.

Versi Terkini. Tular: Ogos 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Mac 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Mac 2016

Sumber gambar : Facebook
Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menjelaskan bahawa tiada warga kerjanya mengeluarkan kenyataan yang kini tular di laman sosial menasihatkan pemilik kenderaan mengenai langkah-langkah menghadapi cuaca panas ketika fenomena El Nino.

Kenyataan tersebut adalah palsu dan tiada warga kerja TNB seperti yang dinamakan dalam kenyataan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengabaikan kenyataan tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI