Banduan SOSMA Enggan Makan Dan Berhimpun Kerana Undang-Undang SOSMA Belum Dimansuhkan?

TULAR:
673

PENJELASAN :

Kementerian Dalam Negeri memperjelaskan dakwaan berkenaan tindakan enggan makan oleh banduan SOSMA dan perhimpunan oleh keluarga banduan di hadapan penjara Sungai Buloh kerana tidak berpuashati dengan undang-undang SOSMA yang belum dimansuhkan, sepertimana yang hangat diperkatakakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenyataan rasmi dari Kementerian Dalam Negeri:

Pada 24 Ogos 2018 sebahagian dari banduan SOSMA telah bertindak enggan makan sarapan yang disediakan oleh Penjara Sungai Buloh. Manakala pada 25 Ogos 2018 pula keluarga banduan berkenaan telah membual perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh kerana tidak berpuashati dengan undang-undang SOSMA yang belum dimansuhkan.

Kepentingan kesihatan dan kebajikan banduan terlibat tetap dijaga selaras dengan Akta dan Peraturan Penjara sedia ada. Mereka dalam keadaan baik dan pemantauan berterusan diaksanakan dengan memastikan pegawai perubatan penjara sentiasa bersiap sedia. Makanan juga tetap disediakan mengikut jadual dan perjumpaan dengan keluarga serta peguam juga mash dibenarkan.

Kementerian Dalam Ngeri (KDN) melalui Jabatan Penjara akan terus menasihatkan mereka agar memberhentkan tindakan mereka yang menyalahi tatatertib penjara sepertimana ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Selaras dengan manifesto Kerajaan, sebuah Jawatankuasa Khas Kajian Undang-undang berkaitan Keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan bagi meneliti semula undang-undang berkaitan keselamatan di bawah KDN termasuk SOSMA.

Jawatankuasa Khas ini danggotai oleh pelbagai Jabatan, Agensi dan pihak berkaitan seperti PDRM, Jabatan Peguam Nagara, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, SUHAKAM, Badan Peguam Malaysia, ahli akademik den pengamal undang-undang. Jawatankuasa Khas ini telah bersidang dua kali dan seterusnuya akan bersidang pada penghujung Ogos 2018. KDN mengambil perhatian serius mengenai bantahan terhadap SOSMA dan setiap pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa ini.

SUMBER :

Facebook Kementerian Dalam Negeri


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI