Lambakan Cili Import Beri Ancaman Kepada Petani Tempatan?

TULAR:
644

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat lambakan cili import yang memberi ancaman kepada petani tempatan.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Ketua Setiausaha MOA, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan menafikan dakwaan bahawa terdapat lambakan cili import yang memberi ancaman kepada petani tempatan kerana negara memerlukan kira-kira 70,000 tan cili setahun untuk memenuhi pasaran tempatan.

“Pada tahun 2017, pengeluaran cili merah tempatan sebanyak 27,000 tan hanya mampu menampung 37 peratus daripada permintaan negara. Sehubungan dengan itu, baki sebanyak 63 peratus lagi perlu ditampung melalui pengimportan bagi memastikan bekalan cili merah dalam pasaran mencukupi. Tiada tekanan terhadap lambakan cili tetapi yang hanya adalah tekanan pada harga. Sebagai contoh, di Pasar Borong Kuala Lumpur, cili jenis kulai dijual pada RM8.00 sekilogram dan merah minyak pula RM6.50 sekilogram.”

SUMBER : 

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI