Keranda Dan Makanan Bayi Dikenakan SST?

TULAR:
491

PENJELASAN :

Pihak Kastam memperjelaskan dakwaan bahawa keranda dan makanan bayi dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Sinar Harian

Menurut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy keranda yang diperbuat daripada kayu dan makanan bayi dikecualikan SST.

“Kastam telah memuatnaik cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dikemaskini pada 21 Ogos lalu, dan daripada barangan tersebut, kedua-dua barangan yang dinyatakan itu dikecualikan cukai jualan. Dengan penjelasan ini, kami berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat serta pengguna.”

SUMBER : 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI