Caj Tinggi Rawatan Pesakit Kanser Oleh Hospital?

TULAR:
7109

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat caj rawatan yang tinggi dikenakan terhadap pesakit kanser, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenyataan rasmi dari KKM:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum  berhubung caj rawatan yang dikenakan kepada pesakit kanser di hospital kerajaan.

Kementerian ingin menjelaskan bahawa caj rawatan yang dikenakan kepada pesakit kanser warganegara Malaysia adalah berdasarkan Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017, yang juga merupakan perubahan dari Perintah Fi (Perubatan) 1982. Caj bagi rawatan kanser atau onkologi yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 telah dikaji semula dan pengemaskinian seperti dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan KKM pada bulan Februari 2017.

Caj rawatan yang telah dinyatakan dalam Perintah Fi ini merangkumi SEMUA KOS (caj berkaitan) iaitu caj perundingan doktor/pakar, kos penyediaan perkhidmatan kesihatan termasuk kos operasi tidak langsung seperrti utiliti, kos pentadbiran, penyelenggaraan alai dan fasiliti serta kos ubat dibekalkan.

Terdapat dua perkara utama yang dibangkitkan dalam The Star Online dan laman media social iaitu caj rawatan kelas pertama bagi pesakit rujukan swasta bagi setiap kitaran anti-neoplastik/kanser dan caj rawatan kolas ketiga bagi pesakit luar (rujukan kerajaan) bagi setiap kitaran antineoplastik/kanser.
i. Caj Rawatan Kelas Pertama bagi pesakit rujukan swasta bagi setlap kitaran anti-neoplastik/kanser.

Bagi pesakit yang dirujuk oleh pengamal perubatan swasta untuk rawatan anti-neoplastik/kanser, caj yang dikenakan adalah RM400 bagi setiap kitaran. lni adalah berdasarkan kepada Sub-Perkara 4.7.2 di bawah Perkara 4.7 Caj Pesakit Luar dalam Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017, yang menyatakan bahawa caj bagi sesuatu siasatan atau rawatan yang dikenakan kepada pesakit luar yang dirujuk oleh pengamal persendirian/swasta adalah mengikut caj kelas pertama Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

Dalam kes yang dilaporkan The Star Online, caj RM400 bukanlah caj untuk sekotak ubat Tamoxilen atau ubat Letrozole sebagaimana yang disangkakan. Sebaliknya, ia adalah caj keseluruhan rawatan mengikut kitaran seperti keterangan di atas. Rawatan kepada pesakit tersebut merupakan rawatan berterusan dimana caj yang dikenakan adalah bagi setup 4 minggu (merujuk kepada Garis Panduan Pengenaan Caj bagi Rawatan Anti-Neoplastik Berdasarkan Bahagian 4, Rawatan Radioterapi dan Onkotogi, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KKM bertarikh 26 Januari 2017).

ii. Caj Rawatan Kelas Ketiga bagi pesakit luar (rujukan kerajaan) bagi setiap kitaran anti-neoplastik/kanser
Bagi isu yang dipaparkan dalam laman media sosial Facebook berkaitan bayaran yang telah dikenakan untuk mendapatkan bekalan ubat Tamoxilen bagi 6 bulan atau 6 kali kitaran berdasarkan resit yang dipaparkan di laman Facebook milik Zieyla Zaleha, beliau telah dikenakan caj pesakit luar sebanyak RM300 bagi 6 kali kitaran (laitu bayaran RM50 untuk setiap kitaran). Bayaran yang telah dikenakan ke atas pesakit ini adalah seperti yang dinyatakan pada Bahagian 4: Rawatan Radioterapl dan Onkologi di dalam Perintah hi (Perubatan) (Pindaan) 2017 laitu kadar caj pesakit luar (rujukan kerajaan) bagi rawatan radioterapi dan onkologi serta perubatan nukleaar di mana ia adalah berdasarkan caj pesakit luar laitu sebanyak RM50 bagi setiap kali rawatan.

SUMBER :

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI