Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR):
JKR ingin memaklumkan bahawa terdapat pihak yang tidak bertanggungiawab telah menyalahgunakan gambar profil dan nama Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman menerusi nombor telefon palsu dan aplikasi WhatsApp untuk tujuan khianat.
Semua pihak disarankan untuk berhati-hati dan tidak terpedaya dengan penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.
SUMBER
Facebook Rasmi Jabatan Kerja Raya