Waspada Berita Palsu Menjelang Hari Mengundi PRU-14

TULAR:
1122

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan mesej palsu yang ditularkan menjelang hari mengundi.

Sumber gambar: Facebook & WhatsApp

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati menjelang Hari Mengundi pada 9 Mei 2018 (Rabu), terdapat usaha giat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengelirukan pengundi dengan penyebaran pelbagai mesej palsu berbentuk video, teks dan gambar di media sosial seperti;

a. berlaku pengiraan terhadap undi awal di beberapa bahagian
pilihan raya,
b. kertas undi pos telah disapu lilin
c. kaedah penandaan kertas undi,
d. tuntutan perjalanan mengikut jarak perbatuan,
e. terdapat titik hitam pada kertas undi.

Sehubungan dengan orang ramai diminta tidak terpengaruh dan serta turut menyebarkan mesej-mesej palsu tersebut melalui perkongsian di media sosial kerana ianya ia boleh menimbulkan kegemparan dan kekeliruan dikalangan pengundi menjelang hari mengundi. Malahan tindakan menyebarkan maklumat tidak benar merupakan satu kesalahan di
bawah undang-undang dan Akta tertentu.

SUMBER:

Laman Rasmi SPR

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI