WASPADA:
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi kandungan gambar-gambar pelajar Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas yang maut akibat terkena bilah traktor mesin rumput melalui media sosial dan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), perbuatan tidak beretika sedemikian merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara khususnya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak melebihi satu tahun penjara.