Waspada Akaun Laman Sosial Palsu KKM

TULAR:
341
Sumber gambar : KKM

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan akaun laman sosial Facebook palsu yang kononnya milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber gambar: Facebook

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa laman Facebook ‘KKM Kementrian Kesihatan’ bukan merupakan laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia berkemungkinan merupakan akaun palsu untuk mengelirukan masyarakat.

Berikut merupakan akaun rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di media sosial.

1) Facebook
https://m.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

2) Twitter
https://twitter.com/KKMPutrajaya

3) Instagram
https://www.instagram.com/kementeriankesihatanmalaysia/

Justeru, orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan kewujudan laman Facebook palsu berkenaan.

SUMBER: 

Laman Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI