WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan empat (4) produk kosmetik yang telah dikesan mengandungi racun berjadual.
Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
1. DNARS GOLD GLOWING SERUM (DAY)
2. DNARS GOLD BALEN CREAM (NIGHT)
3. TRESORS NATURAL HERBAL CREAM
4. LABEAUTY BOOSTER NIGHT CREAM
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
KKM menegaskan, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Manakala, orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
SUMBER:
Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Laman Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia