Faedah RM10,000 Untuk Ahli KWSP Yang Bekerja Antara Tahun 1990 Dan 2019?

TULAR:
21937

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bekerja antara tahun 1990 dan 2019 berhak mendapat faedah RM10,000 dari KWSP.

Versi Laman Sesawang:

Sumber gambar: Facebook

Versi Whatsapp:

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) :

“KWSP  memberi amaran kepada orang awam mengenai cubaan menipu dan mencuri data yang disebar melalui media sosial, yang meminta mereka untuk menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima insentif sebanyak RM 10,000.

Menurut KWSP, ini adalah laman web PALSU yang bertujuan menipu dan mencuri data peribadi ahli. Ahli digesa tidak menjawab kaji selidik tersebut untuk mengelakkan data peribadi mereka dikongsi dengan pihak ketiga yang tidak sah.

Untuk sebarang penjelasan mengenai perkhidmatan KWSP, rujuk laman web rasmi di www.kwsp.com.myLaporan mengenai sebarang mesej yang meragukan dalam media sosial boleh dibuat melalui Pertanyaan atau hubungi 03-8922 6000″.

SUMBER:

Laman Rasmi KWSP

Facebook Rasmi KWSP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI