Waspada Dengan 4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

TULAR:
1423

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan empat (4) produk kosmetik yang telah dikesan mengandungi racun berjadual.

Kosmetik 1
Sumber gambar: Laman rasmi KKM
Kosmetik 2
Sumber gambarL Laman rasmi KKM
Kosmetik 3
Sumber gambar: Laman rasmi KKM
Kosmetik 4
Sumber gambar: Laman rasmi KKM

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

1. DNARS GOLD GLOWING SERUM (DAY)
2. DNARS GOLD BALEN CREAM (NIGHT)
3. TRESORS NATURAL HERBAL CREAM
4. LABEAUTY BOOSTER NIGHT CREAM

Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

KKM menegaskan, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Manakala, orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

SUMBER:

Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Laman Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI