Kertas Bahasa Inggeris PT3 Akan Diulang Semula Pada 10 Oktober 2019?

TULAR:
1289
Gambar hiasan. Sumber: kpm.gov.my

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa kertas Bahasa Inggeris Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan diulang semula pada 10 Oktober ini.

Sumber gambar: Whatsapp
Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa kenyataan media yang tersebar di media sosial yang menyatakan bahawa Kertas Bahasa Inggeris (Kertas 12/2) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan diulang semula pada 10 Oktober 2019 adalah TIDAK BENAR.

Sehubungan itu, KPM menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat berkenaan kerana perkara ini akan mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa dan memberi tekanan kepada calon yang sedang menduduki peperiksaan PT3.

SUMBER:

Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI