Caj RM50 Akan Dikenakan Bagi Penukaran Geran Kenderaan Selepas 1 Jan 2020?

TULAR:
10557

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya bagi mereka yang inign menukar geran kenderaan lama kepada geran baru selepas 1 Januari 2020 kan dikenakan caj sebanyak RM50.

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi  Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):
 
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) ingin merujuk kepada mesej berkenaan Kadar Caj RM50 bagi penukaran Registration Card (RC) kepada Vehicle Ownership Certificate (VOC) dan arahan penukaran selepas 1 Januari 2020 yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp.

JPJ ingin menegaskan bahawa mesej atau kenyataan tersebut adalah TIDAK BENAR dan JPJ serta ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui aplikasi Whatsapp yang tidak mempunyai sumber sahih dan kemudian menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI