Waspada Dengan Sindiket Penipuan Tabung Derma Palestin

TULAR:
180

Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika menderma terutama ketika isu berkaitan peperangan di Gaza, Palestin bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya faham rakyat di negara ini sangat dermawan dan apabila berlaku sebarang insiden mereka sanggup membantu namun ada juga diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, sekiranya ada meminta sumbangan derma ke Palestin sila buat pengesahan terlebih dulu kerana walaupun jumlah derma itu hanya RM100 atau RM200 tetapi ia tetap membuka ruang kepada penipuan.

Jelas beliau, jika betul hendak menderma salurkan ke tabung disediakan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI