Dakwaan Penghantaran/ Pembabitan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke Palestin Adalah Tidak Benar

TULAR:
616

SEBENARNYA:

Menurut Angkatan Tentera Malaysia (ATM):

Pada 15 Oktober 2023, terdapat satu video tular berdurasi 1 minit 36 saat yang telah disiarkan di platform TikTok menerusi akaun pemilik adamjohan64(@adamofficial64) seperti yang tertera di pautan berikut:

https://www.tiktok.com/@adam…/video/7289646712036150530…

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meneliti satu kandungan video dan mendapati ianya merupakan sebuah video lama mengenai anggota ATM yang bertugas ke  misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) bagi Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT850-10) ke  Lubnan pada tahun 2022.

Justeru, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan kandungan video tular tersebut dan mengesahkan bahawa ianaya adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Masyarakat diminta agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang pekara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan Masyarakat.

Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang  didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa dibwah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia(AKM) 1998.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia

Facebook Rasmi Angkatan Tentera Malaysia(ATM)

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI