Penjelasan Perarakan Sambil Mengibarkan Bendera China

TULAR:
1125

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Video tular di media sosial TikTok memaparkan peserta mengibarkan bendera China ketika berlangsungnya Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Negeri Sembilan di daerah ini kelmarin bukan dilakukan rakyat negara ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perarakan berkenaan yang turut mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). 

“Perarakan kebudayaan antarabangsa ini berlangsung kelmarin. Ada pemakluman dibuat kepada pihak polis dan mendapat kebenaran daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS). 

“Bagaimanapun, berhubung isu tular itu, pihak kami belum menerima apa-apa laporan polis. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh isu 3R (agama, kaum, diraja),” katanya.

SUMBER:

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI