Waspada Sindiket Penipuan Menyamar Sebagai Portal MyBayar PDRM

TULAR:
484

Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengesan satu taktik oleh sindiket penipuan yang menyamar sebagai Portal MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu portal pembayaran saman trafik secara dalam talian, dengan menggunakan emel palsu bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi pengguna.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan sentiasa membuat semakan terlebih dahulu di portal atau laman sesawang jabatan atau agensi yang sah sebelum membuat sebarang transaksi, bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM
Facebook Rasmi CyberSecurity Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI